pengetua adalah peneraju utama di sekolah. kata-katanya adalah kata pemutus dan bicaranya adalah suara rasmi organisasinya. justeru itu, peranan dan fungsi pengetua masih menjadi fokus. ini bukan bermakna pengetua terlalu penting tetapi sebenarnya ratusan dan ribuan pelajar yang ada dalam institusi sekolah itu yang penting.
Dalam urusan rasmi sekolah, pengetua membawa 3 watak iaitu pentadbir, pengurus dan pemimpin. watak pemimpin adalah tahap tertinggi dalam pengurusan sekolah.. Walaubagaimanapun, hingga kini, tiada ukuran tentang keberkesanan pengetua yang dapat menilai secara objektif.
setakat ini 3 paksi yang menentukan keberkesanan kepimpinan pengetua iaitu:
1- pengetua sebagai pemimpin, pengurus meliputi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran. Keberkesanan ketiga-tiga elemen ini akhirnya membezakan tahap kecekapan pengetua itu.
2-sikap, nilai, etika dan persepsi terhadap tugas, organisasi dan persekitaran mempengaruhi keberkesanan kepimpinan pengetua kerana elemen itu menentukan bentuk dan cara bertindak yang menjadi pengukur tahap profesionalisme dalam menghadapi dan menangani perubahan.
3-kemantapan sistem sokongan iaitu merangkumi pengurusan sumber, kemudahan infrastruktur, sistem komunikasi, sistem pembangunan staf mempengaruhi kepimpinan pengetua terutamanya dalam mencapai matlamat organisasi.
Wajah sekolah adalah wajah pengetuanya.oleh itu kita dapat berbangga dengan sebarang kejayaan dan kecemerlangan sekolah. jika reputasi sekolah tidak memberangsangkan, ini adalah cabaran.
hadapi dan atasi cabaran itu.
KAMI TOLAK TPPA
-
*PERTUBUHAN PRIHATIN SEPANG*
*KAMI TOLAK TPPA*
TPPA atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik adalah perjanjian
multilateral yang melibatkan negara Asia ...
9 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan